Skip Rawatan Dialisis: Risiko Yang Tidak Boleh Diabaikan

Admin

Admin

May 23, 2025

TEMERLOH, 2026 – Gedung Penawar Sdn. Bhd. hari ini secara rasminya melakarkan satu lagi pencapaian bermakna dalam lipatan sejarah syarikat melalui sebuah majlis penyerahan wakaf yang penuh simbolik. Dalam usaha memperkasa akses kesihatan buat masyarakat, Gedung Penawar telah menyerahkan sepenuhnya Pusat Dialisis Mukmin sebagai aset wakaf kepada pihak Wakaf Pahang.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran itu turut menyaksikan penyerahan sumbangan Wakaf Tunai berjumlah RM 70,000.00 bagi sesi 2026. Dana ini diperuntukkan khusus bagi memastikan kelancaran operasi pusat tersebut serta membantu kos rawatan pesakit yang memerlukan.

Pusat Dialisis Mukmin yang terletak di Temerloh ini diasaskan oleh Gedung Penawar dengan visi untuk menyediakan rawatan dialisis yang berkualiti tinggi dalam persekitaran yang selesa dan kondusif. Menyedari peningkatan keperluan rawatan buah pinggang di peringkat negeri, Gedung Penawar mengambil langkah proaktif untuk mewakafkan pusat ini agar manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai golongan sasar melalui tadbir urus Wakaf Pahang yang efisien.

“Satu Tekad, Sejuta Harapan: Penyerahan simbolik Pusat Dialisis Mukmin dan sumbangan Wakaf Tunai RM 70,000.00 oleh Gedung Penawar kepada Wakaf Pahang demi kesejahteraan ummah.”

Penyerahan ini bukan sekadar sebuah pemindahan pengurusan, tetapi merupakan manifestasi komitmen Gedung Penawar dalam menggabungkan kepakaran industri kesihatan dengan instrumen kebajikan Islam. Melalui konsep wakaf, aset ini kini menjadi milik ummah yang akan terus beroperasi sebagai amal jariyah yang berpanjangan.

Pihak pengurusan Gedung Penawar menyatakan bahawa langkah ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berterusan. Dengan adanya sokongan dana tambahan RM 70,000.00, pusat ini diharapkan dapat terus meningkatkan kualiti perkhidmatan, menyelenggara mesin dialisis sedia ada, dan memastikan kebajikan pesakit sentiasa menjadi keutamaan.

Gedung Penawar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Wakaf Pahang atas kerjasama strategik ini. Kami berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan pesakit buah pinggang di daerah Temerloh, malah menjadi inspirasi kepada lebih banyak badan korporat untuk menyumbang dalam bentuk wakaf aset kesihatan di masa hadapan.

Semoga usaha murni ini diberkati oleh Allah SWT dan Pusat Dialisis Mukmin terus menjadi simbol harapan bagi mereka yang berjuang demi kesihatan yang lebih baik.

Ramai pesakit buah pinggang kronik yang menjalani dialisis menghadapi pelbagai cabaran – dari segi fizikal, emosi hingga kewangan. Akibatnya, ada yang ponteng atau skip rawatan. Walaupun nampak seperti hal kecil, tindakan ini boleh mendatangkan kesan yang sangat serius terhadap kesihatan dan nyawa.

 

Mengapa Pesakit Skip Rawatan?

  • Beberapa sebab utama pesakit tidak hadir ke sesi dialisis termasuk:
  • Keletihan selepas rawatan – Badan terasa lemah dan tidak bermaya.

  • Masalah kewangan & pengangkutan – Terutama jika tinggal jauh dari pusat dialisis.

  • Tekanan emosi & kemurungan – Rasa putus asa atau tidak mahu menyusahkan orang lain.

  • Komitmen kerja atau keluarga – Kadang-kadang pesakit mendahulukan tanggungjawab lain

    Kesan Buruk Jika Skip Rawatan:

    1. Penumpukan Toksin (Uremia)

    Bila rawatan ditinggalkan, bahan buangan dalam darah meningkat dan boleh menyebabkan loya, sesak nafas, kekeliruan dan akhirnya koma.

    2. Kegagalan Jantung Mengejut

    Paras kalium yang terlalu tinggi akibat tidak menjalani dialisis boleh menyebabkan jantung berhenti secara tiba-tiba.

    3. Cecair Berlebihan dalam Badan

    Akibat tidak dikeluarkan melalui dialisis, cecair ini boleh menyebabkan paru-paru berair (edema pulmonari) dan tekanan darah tinggi.

    4. Kematian Pramatang

    Kajian menunjukkan pesakit yang sering skip rawatan mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding mereka yang patuh kepada jadual.

Apa Yang Boleh Dilakukan?

    • Dapatkan Sokongan Emosi
      Bercakap dengan kaunselor, ahli keluarga atau kumpulan sokongan untuk mengatasi tekanan mental.

    • Berbincang dengan Klinik Dialisis
      Minta nasihat tentang pilihan waktu rawatan atau bantuan logistik (pengangkutan, sokongan kebajikan).

    • Fahami Kepentingan Rawatan
      Rawatan dialisis bukan pilihan – ia satu-satunya cara untuk menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak sepenuhnya.

      Skip rawatan dialisis bukan sahaja memburukkan kesihatan tetapi juga mengancam nyawa. Jika anda atau orang tersayang sedang menjalani dialisis, patuhlah pada jadual rawatan dan jangan segan untuk minta bantuan jika menghadapi kesukaran. Setiap sesi dialisis adalah peluang untuk terus hidup.