PERUTUSAN CEO GEDUNG PENAWAR SDN. BHD.

Admin

Admin

January 28, 2026

TEMERLOH, 2026 – Gedung Penawar Sdn. Bhd. hari ini secara rasminya melakarkan satu lagi pencapaian bermakna dalam lipatan sejarah syarikat melalui sebuah majlis penyerahan wakaf yang penuh simbolik. Dalam usaha memperkasa akses kesihatan buat masyarakat, Gedung Penawar telah menyerahkan sepenuhnya Pusat Dialisis Mukmin sebagai aset wakaf kepada pihak Wakaf Pahang.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran itu turut menyaksikan penyerahan sumbangan Wakaf Tunai berjumlah RM 70,000.00 bagi sesi 2026. Dana ini diperuntukkan khusus bagi memastikan kelancaran operasi pusat tersebut serta membantu kos rawatan pesakit yang memerlukan.

Pusat Dialisis Mukmin yang terletak di Temerloh ini diasaskan oleh Gedung Penawar dengan visi untuk menyediakan rawatan dialisis yang berkualiti tinggi dalam persekitaran yang selesa dan kondusif. Menyedari peningkatan keperluan rawatan buah pinggang di peringkat negeri, Gedung Penawar mengambil langkah proaktif untuk mewakafkan pusat ini agar manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai golongan sasar melalui tadbir urus Wakaf Pahang yang efisien.

“Satu Tekad, Sejuta Harapan: Penyerahan simbolik Pusat Dialisis Mukmin dan sumbangan Wakaf Tunai RM 70,000.00 oleh Gedung Penawar kepada Wakaf Pahang demi kesejahteraan ummah.”

Penyerahan ini bukan sekadar sebuah pemindahan pengurusan, tetapi merupakan manifestasi komitmen Gedung Penawar dalam menggabungkan kepakaran industri kesihatan dengan instrumen kebajikan Islam. Melalui konsep wakaf, aset ini kini menjadi milik ummah yang akan terus beroperasi sebagai amal jariyah yang berpanjangan.

Pihak pengurusan Gedung Penawar menyatakan bahawa langkah ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berterusan. Dengan adanya sokongan dana tambahan RM 70,000.00, pusat ini diharapkan dapat terus meningkatkan kualiti perkhidmatan, menyelenggara mesin dialisis sedia ada, dan memastikan kebajikan pesakit sentiasa menjadi keutamaan.

Gedung Penawar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Wakaf Pahang atas kerjasama strategik ini. Kami berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan pesakit buah pinggang di daerah Temerloh, malah menjadi inspirasi kepada lebih banyak badan korporat untuk menyumbang dalam bentuk wakaf aset kesihatan di masa hadapan.

Semoga usaha murni ini diberkati oleh Allah SWT dan Pusat Dialisis Mukmin terus menjadi simbol harapan bagi mereka yang berjuang demi kesihatan yang lebih baik.

PERUTUSAN CEO GEDUNG PENAWAR SDN. BHD.

Jan 2026 – Assalamualaikum wbt. Dearest Team,

As we welcome 2026, I find myself looking back with  pride at how far Gedung Penawar  has come. This past year- 2025 has been a season of significant challenge & growth for our company – not just in the number of patients we serve, but in the depth of the care we provide.

Alhamdullilah – I believe our success is built on:

Our Sustainability: We are committed to building a future that lasts. Through our focus on sustainable practices and operational excellence, we are ensuring that we remain stable, reliable and having excellent centres for our patients for many years to come.

Our Teamwork:  None of this is possible in isolation. Dialysis is a “team sport,” and the way you support one another during long shifts and complex cases,  is what makes this company truly special. Our strength is also built on the  collaboration between HQ, Operations, and Maintenance team.

When our strategic planning, clinical excellence, and technical precision move in harmony, we create an unbreakable foundation. You have proven that we are not just separate departments, but one unified body working toward a single mission.You are the hands and feet of our mission.

Above all, I am humbled by the work we do. I truly hope that our responsibilities are  blessed by Allah to be in this position of service. To be entrusted with the lives and well-being of our patients is a sacred things to do.  

As we move into this New Year 2026, my prayers are that we (i) continue to work in harmony, (ii) our company continues to flourish, and (iii) each of you feels the profound value of your contribution.

May Allah bless you and your families with health, peace, and prosperity in 2026. Ameen.

Versi Bahasa Melayu

Rakan-rakan setugas yang dihargai,

Sambil kita melangkah ke tahun 2026, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas dedikasi semua. Tahun lepas (2025) merupakan tahun cabaran & pertumbuhan yang luar biasa buat syarikat kita.

Alhamdullilah . Kejayaan kita adalah di atas dua kekuatan utama:

Kelestarian (Sustainability): Usaha kita membina masa depan yang stabil untuk pesakit.

Semangat Kerjasama: Kehebatan kita bekerja sebagai satu pasukan yang padu. Kunci kekuatan kita pada tahun 2026 adalah disebabkan sinergi antara HQ, Operasi, Pusat Dialisis dan Maintenance.

Apabila pengurusan yang cekap (HQ) bergabung dengan khidmat barisan hadapan yang mantap (Ops dan Pusat Dialisis) dan sokongan teknikal  (Maintenance), kita membina sebuah syarikat yang teguh. Terima kasih kerana merapatkan jurang dan bekerjasama sebagai satu keluarga besar demi kesejahteraan pesakit kita.

Saya percaya tanggungjawab kita semua ini diberkati Allah,  kerana kita diberi peluang untuk menjalankan tugas yang murni ini. Terima kasih semua kerana menjadi nadi kepada Gedung Penawar.

Semoga tahun 2026 membawa keberkatan, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan buat semua sekeluarga. Mari kita terus maju bersama dengan penuh tanggungjawab dan harmoni, Ameen.
 
Adura Binti Masood
Chif Executive Officcer GPSB