Ramai pesakit buah pinggang kronik yang menjalani dialisis menghadapi pelbagai cabaran – dari segi fizikal, emosi hingga kewangan. Akibatnya, ada yang ponteng atau skip rawatan. Walaupun nampak seperti hal kecil, tindakan ini boleh mendatangkan kesan yang sangat serius terhadap kesihatan dan nyawa.
Mengapa Pesakit Skip Rawatan?
- Beberapa sebab utama pesakit tidak hadir ke sesi dialisis termasuk:
-
Keletihan selepas rawatan – Badan terasa lemah dan tidak bermaya.
-
Masalah kewangan & pengangkutan – Terutama jika tinggal jauh dari pusat dialisis.
-
Tekanan emosi & kemurungan – Rasa putus asa atau tidak mahu menyusahkan orang lain.
-
Komitmen kerja atau keluarga – Kadang-kadang pesakit mendahulukan tanggungjawab lain
Kesan Buruk Jika Skip Rawatan:
1. Penumpukan Toksin (Uremia)
Bila rawatan ditinggalkan, bahan buangan dalam darah meningkat dan boleh menyebabkan loya, sesak nafas, kekeliruan dan akhirnya koma.
2. Kegagalan Jantung Mengejut
Paras kalium yang terlalu tinggi akibat tidak menjalani dialisis boleh menyebabkan jantung berhenti secara tiba-tiba.
3. Cecair Berlebihan dalam Badan
Akibat tidak dikeluarkan melalui dialisis, cecair ini boleh menyebabkan paru-paru berair (edema pulmonari) dan tekanan darah tinggi.
4. Kematian Pramatang
Kajian menunjukkan pesakit yang sering skip rawatan mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding mereka yang patuh kepada jadual.
Apa Yang Boleh Dilakukan?
-
-
Dapatkan Sokongan Emosi
Bercakap dengan kaunselor, ahli keluarga atau kumpulan sokongan untuk mengatasi tekanan mental. -
Berbincang dengan Klinik Dialisis
Minta nasihat tentang pilihan waktu rawatan atau bantuan logistik (pengangkutan, sokongan kebajikan). -
Fahami Kepentingan Rawatan
Rawatan dialisis bukan pilihan – ia satu-satunya cara untuk menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak sepenuhnya.Skip rawatan dialisis bukan sahaja memburukkan kesihatan tetapi juga mengancam nyawa. Jika anda atau orang tersayang sedang menjalani dialisis, patuhlah pada jadual rawatan dan jangan segan untuk minta bantuan jika menghadapi kesukaran. Setiap sesi dialisis adalah peluang untuk terus hidup.
-